Sikap kebersamaan kunci kestabilan kerajaan Pahang
Sikap kebersamaan kunci kestabilan kerajaan Pahang
KUALA LUMPUR – Kekuatan UMNO adalah bertunjangkan kesetiaan dan kebersamaan dalam saf perjuangan.
Itu antara pesanan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini, hari ini.
Pesanan Wan Rosdy itu dikongsi ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melalui hantaran di Facebook miliknya.
“Alhamdulillah, di dalam ucapan dan amanat YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang banyak menekankan peri penting kebersamaan pemimpin.
“(dan kebersamaan) ahli parti dalam pembentukan parti yang stabil dan seterusnya menjadikan UMNO sebagai parti yang membela rakyat,” katanya.
Majlis berbuka puasa itu dihadiri semua ketua cawangan UMNO Pahang dan barisan pimpinan parti di pelbagai peringkat.- SAHIH