SIASAT IKAN MATI DI SUNGAI TUMBOH
SIASAT IKAN MATI DI SUNGAI TUMBOH: JAS AMBIL TINDAKAN TEGAS
KAMPUNG GAJAH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian ikan di Sungai Tumboh, di sini.
Pengarah JAS Perak, Rozli Zul, berkata siasatan awal mendapati lokasi berkenaan terletak jauh dari kawasan perindustrian yang memungkinkan berlakunya pencemaran air.
BH ONLINE melaporkan, Bagaimanapun katanya, terdapat sebuah kilang memproses sawit dan kawasan pertanian berhampiran lokasi itu.
“JAS sudah mengambil sampel air di kawasan itu untuk dianalisis dan kita sedang melihat segala kemungkinan yang menjadi punca kejadian,” katanya.
Perkara itu turut dikongsi Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook rasmi beliau, hari ini.
“Menerima beberapa keping gambar dan video menunjukkan banyak ikan mati di Sungai Tumboh, Kampung Gajah.
“Saya telah minta pihak JAS menyiasat dengan segera,” katanya ringkas.