Seramai 15,003 mangsa, 140 PPS masih dibuka di 5 daerah
Seramai 15,003 mangsa, 140 PPS masih dibuka di 5 daerah
KUANTAN : Sebanyak lima buah daerah dengan 15,003 mangsa dan 140 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini sehingga 2 petang, hari ini.
Daerah tersebut, Bentong menempatkan seramai 4,595 orang di 17 PPS, Temerloh, 3,372 orang (60 PPS); Kuantan, 3236 orang, (21 PPS); Bera, 2271 orang (22 PPS) dan Pekan, 1,529 orang (20 PPS).
Jurucakap berkata, mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) negeri ini menurun apabila mencatat bilangan seramai 24,898 orang daripada 7,374 keluarga di enam buah daerah pada jam 2 petang hari ini.
“Berbanding pada jam 12 tengah hari tadi, seramai 25,104 orang daripada 7,452 buah keluarga masih ditempatkan di 172 buah PPS di tujuh buah daerah.
“Penurunan jumlah mangsa berikutan PPS di dua buah daerah, iaitu di Jerantut dan Raub ditutup pada jam 12 tengah hari ini, manakala PPS Lipis antara daerah ketiga ditutup pada jam 2 petang hari ini berikutan air surut dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, “katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap tersebut, jalan raya di beberapa buah daerah masih ditutup berikutan air belum surut.
Katanya, bagi Temerloh, jalan yang masih ditutup masih kekal, iaitu Jalan Gemas – Temerloh, Jalan Temerloh – Mentakab, Jalan Bolok Sok Mek dan Jalan utama Mempaga/Bukit Damar/Lakom.
“Jalan Kampung Gantok, Jalan Seberang Temerloh, Jalan Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira – Rumpun Makmur, Jalan Simpang Songsang – Bangau turut masih ditutup.
“Turut masih ditutup, iaitu Jalan Megat Segama, Jalan Alternatif Paya Luas – Paya Jauh, Jalan Kampung Belenggu, Jalan Bahagia – Belenggu Halt, Jalan Batu Kapur – Sungai Buluh, Jalan Sanggang – Lubuk Kawah dan Jenderak Loop,” katanya.
Kata jurucakap itu lagi, di Pekan jalan yang masih ditutup Jalan Ganchong – Lepar, Jalan Pelak – Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai.
“Jalan di Maran masih ditutup, Jalan Pekan Sehari Kampung Awah, Jalan Kampung Wau/Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau – Bandar Pusat Jengka, Jalan Chenor – Sekara Kenong, Jalan Pejing dan Jalan masuk Paya Ladang,” katanya.-SAHIH