SEORANG MAUT KENA RENCATAN DI LRA BUKIT BETONG, LIPIS
SEORANG MAUT KENA RENCATAN DI LRA BUKIT BETONG, LIPIS
LIPIS : Seorang maut dan seorang terselamat daripada terkena renjatan elektrik ketika membuat kerja pencucian di struktur loji tersebut di Kampung Bukit Betong dekat sini pada jam 12.30 tengah hari, semalam.
Pembantu operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Betong, Roslan Ngah berusia 57 tahun meninggal di tempat kejadian akibat terkena renjatan elektrik kerana tidak sempat menyelamatkan diri.
Sebelum itu, kedua mereka mula bertugas membaiki injap ‘penstock’ LRA, manakala seorang rakannya yang turut sama berada di loji berkenaan sempat keluar daripada loji.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd. Noor berkata, polis telah menerima panggilan telefon daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bukit Betong melaporkan mengenai seorang lelaki Melayu lingkungan umur 50-an telah meninggal dunia di kawasan LRA Bukit Bentong akibat terkena renjatan elektrik.
“Dua anggota polis telah pergi ke kawasan Loji Rawatan Air Bukit Betong berasaskan aduan mengenai kejadian tersebut.
“Polis dimaklumkan ketika kejadian mangsa bersama seorang rakannya berada di dalam loji untuk menjalankan kerja pencucian dan tiba-tiba terkena renjatan elektrik yang dipercayai mengalir di dalam air loji tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, rakannya yang berjaya menyelamatkan diri naik ke atas, apabila melihat kejadian itu pekerja lain di loji tersebut serta-merta mematikan suis utama elektrik dan mengangkat mangsa naik ke atas dengan memberi bantuan awal penafasan (CPR).
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bukit Betong dan dihantar ke Hospital Lipis untuk tujuan bedah siasat.-SAHIH.