Seorang maut dalam kemalangan dengan treler di Lebuhraya Segamat-Kuantan
Seorang maut dalam kemalangan dengan treler di Lebuhraya Segamat-Kuantan
PEKAN – Seorang lelaki dewasa meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang turut melibatkan sebuah lori treler di Lebuhraya Segamat – Kuantan menghala ke Paloh Inai, dekat sini pada jam 1.27 pagi, hari ini
Seramai 6 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini serta dibantu oleh 6 anggota BBP Bandar Muadzam Shah bergegas ke tempat kejadian.
Komander operasi, Kamaruzaman Mohamad melaporkan berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler dengan sebuah kereta jenis Myvi dan seorang lelaki dewasa tersepit dan meninggal di tempat kejadian, manakala pemandu lori treler selamat.
Anggota bomba melakukan dengan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas penyelamat.
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan telah meninggal dunia dan disahkan oleh pegawai perubatan. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-SAHIH.