SEORANG BAYI DAN KANAK-KANAK TERSELAMAT DALAM KEMALANGAN
SEORANG BAYI DAN KANAK-KANAK TERSELAMAT DALAM KEMALANGAN
TEMERLOH : Seorang bayi dan kanak-kanak lelaki bersama tiga dewasa terselamat dalam satu kemalangan di Simpang Kampung Belenggu, Jalan Triang, kira-kira jam 5.00 petang tadi.
Ketua Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bukit Angin, Hashnuddin Hussin, berkata, anggota bomba menggunakan peralatan penyelamat hidraulik untuk mengeluarkan pemandu wanita yang tersepit dalam kenderaan jenis PROTON Wira dipandunya.
“Manakala dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, termasuk seorang bayi yang berada di dalam kereta PERODUA Myvi mengalami kecederaan dan sempat diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.
“Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan ambulan Kementerian Kesihatan bagi rawatan lanjut,”katanya.