SENARAI PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN KETIKA LOCKDOWN
SENARAI PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN KETIKA LOCKDOWN
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini turut tidak membenarkan sektor perkilangan beroperasi.
Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berkata beberapa perkhidmatan dibenarkan seperti berikut:
Pembuatan
- Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
- Makanan dan minuman
- Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
- Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci
- Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
- Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
- Komponen bagi peranti perubatan
- Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
- Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
- Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
- Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
(Kapasiti bekerja yang dibenarkan adalah 60% pekerja sahaja.)
Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi
- Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja dan racun/kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi)
- Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
Pembinaan
- Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
- Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
(Kapasiti bekerja yang dibenarkan adalah secara optima.)
Perdagangan Pengedaran
- Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.
- Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja,
- Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan
- Dobi (termasuk layan diri)
- Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan
- Kedai cermin mata dan barang optik
- Kedai hardware
- Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
- E-dagang (semua kategori produk)
- Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)
(Semua sektor perniagaan ini dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja,lapor Astro Awani.