SELURUH NEGARA MASUK FASA 2 OGOS NANTI
SELURUH NEGARA MASUK FASA 2 OGOS NANTI
PETALING JAYA – Seluruh negara bakal beralih ke Fasa Kedua pada awal Ogos depan seperti lapan negeri lain.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu boleh dicapai susulan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan kadar vaksinasi lengkap kini telah melepasi nilai ambang (threshold) 10 peratus yang ditetapkan untuk beralih dari Fasa satu ke Fasa Dua, lapor KOSMO online
“Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
“Indikator ini sejajar dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, lapan negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah berada di Fasa kedua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.