SELESAIKAN ISU GERAN TANAH FELDA
SELESAIKAN ISU GERAN TANAH FELDA
JERANTUT: Pihak pengurusan FELDA telah tampil untuk menyelesaikan isu hak milik tanah FELDA .
Pekara ini telah mendapat perhatian daripada pengurusan FELDA kerana ianya akan memberi kesan kepada generasi ke dua dan tiga tanah rancangan berkenaan.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, isu itu antara disuarakan ketika pertemuan bersama Timbalan Pengarah Besar (Operasi) FELDA, Datuk Amir Hamdan Yusuf yang melawat FELDA Jengka 24 dan 25, hari ini.
“Kita sangat berbesar hati dengan kesudian pihak pengurusan tertinggi FELDA melawat kawasan FELDA Jengka 24 dan 25.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud
“Dalam kunjungan ini, kami suarakan juga isu hak milik tanah dan saya dimaklumkan kunjungan Datuk Amir Hamdan hari ini juga mempunyai kaitan dengan proses penyediaan geran kepada peneroka,” katanya ketika dihubungi SAHIH, hari ini.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Kunjungan itu turut disambut Pengurus Besar FELDA Wilayah Jengka, Ahmad Tarmizi Lee; Pengerusi Gabungan Peneroka Wanita, Sapura Mahat dan wakil Majlis Belia FELDA, Nurul Ahmad.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Razak berkata, warga peneroka FELDA Wilayah Jengka berharap kunjungan itu memberi harapan kepada warga peneroka untuk memiliki geran bagi setiap tanah diusahakan sejak sekian lama.