SELERA PATIN BANGAU TERIMA TETAMU ISTIMEWA
AGONG, PERMAISURI SINGGAH BELI JUADAH, KUIH MUIH
TEMERLOH: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkesempatan singgah membeli juadah makanan dan kuih muih di Restoran Selera Patin Bangau, dekat sini, hari ini.
Berdasarkan perkongsian di laman akaun rasmi Facebook Istana Negara, Baginda berdua singgah di restoran berkenaan selepas berangkat dari Pusat Inkubator Kraf Temerloh.
Restoran Selera Patin Bangau adalah antara restoran menyediakan hidangan ikan patin masak tempoyak dan pais patin yang bukan saja terkenal di Pahang, bahkan turut menjadi sebutan penggemar masakan tradisional Pahang dari seluruh negara.