SELANGOR KEKAL KES HARIAN TERTINGGI
SELANGOR KEKAL KES HARIAN TERTINGGI
PUTRAJAYA: Sebanyak 3,780 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 470,110 kes.
Beliau berkata, Selangor masih lagi mencatatkan kes empat angka apabila sebanyak 1,275 kes positif baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu sebanyak 153,663, lapor Harian Metro.
Katanya, ia disusuli Sarawak dengan 405 kes, Kedah (363), Kelantan (368) dan Kuala Lumpur (342).