SEKOLAH INSTITUSI 7 JAJAHAN DI KELANTAN DITUTUP HINGGA 24 APRIL
SEKOLAH INSTITUSI 7 JAJAHAN DI KELANTAN DITUTUP HINGGA 24 APRIL
KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan yang berada di tujuh jajahan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di negeri itu ditutup bermula hari ini hingga 24 April depan.
Pengarah JPN Kelantan Zulkernai Fauzi berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Khas Kelantan – Penguatkuasaan Covid-19 petang semalam.
Beliau berkata jawatankuasa mencadangkan kepada JPN supaya menutup semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di tujuh jajahan yang dilaksanakan PKP.
“Cadangan ini dipertimbangkan dan dengan mengambil kira situasi semasa, KPM membuat ketetapan bahawa semua sekolah yang berada dalam jajahan PKP diarah tutup bagi tempoh tujuh hari mulai 18 hingga 24 April. – BERNAMA