SEKOLAH DI SELANGOR TIDAK TUTUP
Berita Nasional
SEKOLAH DI SELANGOR TIDAK TUTUP
SHAH ALAM: Jabatan Pendidikan Selangor menafikan pihaknya memberi cuti kepada pelajar di sekolah-sekolah berhampiran kawasan kluster Seri Anggerik.
Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail, berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan dari pihak Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika tidak membenarkan anak masing-masing ke sekolah bagi sekolah berhampiran kluster Seri Anggerik, bukan sekolah yang bagi cuti.
“Kita menggalakkan semua ibu bapa hantar anak ke sekolah kerana kita sudah ada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamalkan oleh semua sekolah.
“Kami perlu nasihat daripada Kementerian Kesihatan (untuk menutup sekolah). Hanya Kementerian Kesihatan dan MKN yang perlu kami rujuk. Setakat ini tiada nasihat untuk tutup sekolah,” katanya.
Beliau mengulas permintaan pentadbir Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang memaklumkan ibu yang tidak membenarkan anak hadir ke sekolah perlu membuat surat makluman kepada pihak sekolah.
Semalam, NSTP melaporkan dua kluster baharu COVID-19 dikesan di Selangor dengan kedua-dua kes indeks adalah lelaki warga Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ia membabitkan Kluster Seri Setia yang sudah menjangkiti empat individu dan Kluster Seri Anggerik dengan 14 kes positif.
Sumber – Berita Harian