SEKOLAH BERSEMUKA BENTUK KEMBALI SIKAP BELAJAR DAN ELAK BERLAKU ANTISOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK USIA MUDA
SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA BENTUK KEMBALI SIKAP BELAJAR DAN ELAK BERLAKU ANTISOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK USIA MUDA
ALOR SETAR : Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyambut baik Kementerian Pendidikan membuka sesi persekolahan yang dijadualkan akan dimulakan pembelajaran secara bersemuka pada 3 Oktober ini untuk membendung berlaku sikap anti sosial, sehingga boleh mencetuskan nilai murni bertegur sapa di kalangan mereka yang sebaya.
Pembukaan sesi persekolahan untuk memberi peluang pelajar untuk menghadapi sesi pembelajaran untuk meringankan tekanan psikologi dalam kehidupan harian yang selama ini terkurung dan tepu kerana berhadapan skrin untuk belajar.
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, permulaan sesi persekolahan pada tarikh tersebut walaupun singkat menjelang cuti penghujung tahun, tetapi amat diperlukan bagi menangani perubahan sikap dan mengimbangi pemikiran pelajar setelah melalui belajar berhadapan skrin yang panjang.
“Amat wajar sekolah dibuka kerana tempoh dua tahun dengan cabaran tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak mengubah sikap dan pemikiran pelajar setelah menjalani ‘percutian’ yang panjang.
“Gaya kehidupan belajar di usia sekolah rendah dan menengah dengan berkurung di bilik dengan tangan belajar mengguna peranti atau menghadap komputer masing-masing serba sedikit bakal mengundang persekitaran yang individualistik,” katanya.
Katanya, dibimbangi anak pelajar di usia muda mulai diresapi sikap anti sosial, sehingga boleh mencetuskan nilai murni bertegur sapa di kalangan mereka yang sebaya di samping nilai adab sopan bersama keluarga dan saudara-mara.
“Sesi Pengajaran Pembelajaran di Rumah (PPdR) antara kaedah pendidikan semasa tempoh penguatkuasaan PKP sebagai jalan penyelesaian sementara, diharap dengan sesi persekolahan secara bersemuka memberi kesan yang terbaik selain belajar pembentukan sikap dapat disemaikan kembali.
“Apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula, peraturan keselamatan yang ketat serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika murid mula melangkah masuk ke kawasan sekolah harus dipatuhi,” katanya.-SAHIH.