Sedia Terus Sumbang Idea Untuk Kebaikan UMNO
Sedia Terus Sumbang Idea Untuk Kebaikan UMNO
JERANTUT – Ketua UMNO Cawangan Jengka 24, Razak Daud masih belum puas membantu UMNO Bahagian Jerantut.
Beliau yang juga penyandang jawatan ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian menawarkan diri untuk terus mengekalkan jawatan dimenangi pada pemilihan yang lalu.
“Saya masih bersemangat untuk terus membantu UMNO Bahagian Jerantut dan disebabkan itu saya menawarkan diri untuk bertanding.
“Perjalanan kita (UMNO Jerantut) masih jauh dan perlu segera bangkit semula untuk memulihkan semangat semua ahli.
“Saya percaya dengan sokongan dan kerjasama semua pihak dalam parti, kita boleh kembali menguasai kerusi parlimen dan DUN pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Razak menjelaskan cabaran dalam pemilihan peringkat Bahagian kali ini sangat sengit apabila 42 calon menawarkan diri untuk jawatan AJK.
Katanya, pertandingan di peringkat ketua, timbalan dan naib ketua Bahagian juga menyaksikan pertembungan antara muka lama dan muka baru.
“Persaingan kali ini memang sengit dan ia menunjukkan semua masih yakin dengan kemampuan UMNO.
“Jadi, saya harap terus diberi peluang dan dipilih oleh ahli pada proses pemilihan yang dijadualkan Sabtu ini,” katanya.
tamat -SAHIH