SEDERHANA TAPI MERIAH SAMBUTAN HARI MALAYSIA WILAYAH JENGKA
SEDERHANA TAPI MERIAH SAMBUTAN HARI MALAYSIA WILAYAH JENGKA
JERANTUT: Sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun kedua dalam suasana COVID-19 tetap berlangsung meriah walaupun diraikan secara sederhana.
Pengerusi Biro Sosial Wilayah Jengka, Razak Daud memaklumkan, banyak program diatur bagi memeriahkan sambutan kali ini terpaksa ditangguhkan dan ada yang dibatalkan untuk memastikan keselamatan warga peneroka daripada ancaman wabak itu.
“Kita tetap bekerjasama memasang bendera di sekeliling tanah rancangan sebagai tanda rasa bangga dan cintakan negara.
“Sambutan dan kerjasama warga peneroka juga sangat baik dan semua berpuas hati dengan cara sambutan dalam normal baru yang diraikan sejak tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Razak turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga peneroka dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah serta ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang sentiasa memberi sokongan padu kepada peneroka FELDA Wilayah Jengka dalam setiap aktiviti dilakukan.
Katanya, kesepakatan warga peneroka FELDA Wilayah Jengka adalah bukti jelas bahawa semua rakyat Malaysia sangat menghargai Kemerdekaan dikecapi sejak sekian lama dan wajar dipertahankan.-SAHIH