Satu PPS di Bukit Kuin, Kuantan dibuka
Satu PPS di Bukit Kuin, Kuantan dibuka
Foto atas: Keadaan air masih bertahan di Bukit Kuin, Kuantan.
KUANTAN – Hujan berterusan mulai 23 Februari hingga 27 Feb 2022 menyebabkan berlaku bencana banjir kilat di beberapa penempatan di sekitar daerah ini.
Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Bukit Kuin bagi menempatkan mangsa untuk sementara waktu sehingga banjir kilat kembali surut dan mangsa akan dibenarkan pulang.
Sebanyak 4 keluarga daripada 17 mangsa di tempatkan di PPS di Balai Raya Bukit Kui yang membabitkan 7 lelaki dewasa; 7 wanita dewasa, 2 kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
Manakala jalan raya utama tidak ditutup. Anggota pelbagai agensi tetap bersiapsiaga menghadapi keadaan yang masih tidak menentu.-SAHIH>
SUMBER : Laporan banjir kilat pada jam 12.30 tengah hari, hari ini.