SATU LAGI KEJAYAAN PROJEK INFRA RAKYAT DEMI KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT
Satu lagi kejayaan projek Infra Rakyat Demi Ke Arah Kesejahteraan Rakyat
PEMBUKAAN LALUAN PERSEKUTUAN FT366 JALAN TEMIANG – PANTAI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARI PERSIMPANGAN LALUAN FT86 KE JALAN PENGHUBUNG INTERCHANGE TEMIANG, LEKAS
- Jalan Persekutuan FT366 Jalan Temiang-Pantai akan dibuka kepada pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2021 jam 11.00 pagi.
- Projek Jalan Temiang-Pantai FT366 sepanjang 7.44kilometer ini merupakan laluan baru yang bermula dari Persimpangan Laluan FT86 (Jalan Seremban-Kuala Klawang-Simpang Pertang) dan berakhir di jalan penghubung menghala ke Persimpangan Bertingkat Temiang, Lebuhraya LEKAS.
- Pembukaan jalan baru ini mampu memberi kelebihan berikut:
a) memendekkan jarak perjalanan dari Laluan FT86 ke Lebuhraya LEKAS sebanyak 4.50 kilometer.
b) Pembukaan laluan baru FT366 ini, secara keseluruhannya akan menyambungkan laluan masuk utama Koridor Seremban Utara dari Persimpangan Bertingkat Temiang ke Laluan FT86.
c) Laluan ini dijangka mampu menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah dan meningkatkan potensi pembangunan di kawasan sekitar.
- Skop projek
- Skop utama bagi pembinaan jalan ini melibatkan pembinaan jalan baharu empat (4) lorong dua (2) hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 1.60 kilometer.
- pembinaan jalan baharu dua (2) lorong dua (2) hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 5.84 kilometer
- satu (1) persimpangan bulatan
- tiga (3) buah jambatan
- satu (1) persimpangan di Jalan Pantai, FT86
- Projek ini telah berjaya disiapkan pada 23 Julai 2021, iaitu awal 17 hari dari tarikh siap sebenar pada 9 Ogos 2021.
- Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Pengarah Projek, Pihak Kontraktor, Perunding dan semua agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.
Diharapkan dengan pembukaan laluan, ianya akan dapat memberi manfaat kepada semua pengguna.