SASTERAWAN PERANCIS CETUS KONTROVERSI
Berita Global
SASTERAWAN PERANCIS CETUS KONTROVERSI
PARIS: Sasterawan Perancis, Michel Houellebecq timbulkan kontroversi lagi dengan memuji ahli polemik senegaranya yang mencetuskan kebencian dalam kumpulan esei terbarunya yang akan diterbitkan, esok.
Novelis yang sering melakukan provokasi itu, memuji Eric Zemmour yang menulis buku Interventions 2020 yang mendakwa ia tidak akan menulis esei politik lagi kecuali sekiranya ada keperluan moral yang mendesak.
Zemmour yang beberapa kali disabitkan kesalahan memberikan komen perkauman dan Islamofobia itu, sekali lagi disiasat selepas mengeluarkan kenyataan bahawa semua imigran bawah umur sebagai perompak, pembunuh dan perogol yang sepatutnya dihalau dari Perancis.
Houellebecq memuji Zemmour dalam buku yang turut disifatkan sebagai avatar kontemporari paling menarik dihasilkan seorang bukan Kristian Katolik yang mengagumi gereja tanpa percaya kepada Tuhan.
Beliau berkata, kecerdikan Zemmour mengatasi orang yang bertentangan dengannya, sekali gus membandingkanya dengan Leo Naphta, iaitu watak paderi Jesuit Yahudi yang totalitarian dalam novel Thomas Mann, The Magic Mountain.
Houellebecq yang disabitkan kesalahan mencetuskan kebencian perkauman pada 2002 turut menuduh Islam sebagai agama paling bodoh tetapi kemudian mengakui dia mungkin seorang yang Islamofobia.
Bukunya yang terlaris di pasaran, Submission meramalkan Perancis akan memilih seorang Muslim sebagai presiden pada 2022.
Ia diterbitkan pada hari sama dengan ulang tahun serangan terhadap Charlie Hebdo pada 2015 yang turut menyebabkan novelis itu berada di bawah perlindungan polis 24 jam.
Dalam buku terbarunya, pengarang itu turut memuji Donald Trump sebagai presiden yang baik.