Sarapan kari kambing di Mempaga
Sarapan kari kambing di Mempaga
BENTONG – Peluang singgah di kawasan Mempaga, dekat sini seolah membuka ruang untuk mendekati penduduk kawasan berkenaan.
Dan peluang yang kunjung tiba itu tidak dilepaskan Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam untuk bersarapan bersama penduduk.
Dengan menu utama – kari kambing – bersama nasi dan roti canai, sudah pastinya membuka selera sesiapa saja yang singgah di Kedai Bukit di tepi jalan utama Mempaga – Bentong.
“Sebelum menghadiri program dan majlis yang diundang, saya bersama rakan kepimpinan Mempaga sempat bersarapan pagi di kedai minum pagi popular dengan roti canai kari kambing.
“Setiap pagi ramai pelanggan singgah, termasuk pelanggan dari luar Pahang yang ingin menikmati sarapan pagi kedai berkenaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dia yang juga ADUN Pelangai memuji kualiti hidangan di kedai itu dan berharap ia dapat dikekalkan untuk kepuasan pelanggan. – SAHIH