Sambut merdeka, rosak pokok
Foto atas : Sebahagian pokok hiasan yang dipijak.
Sambut merdeka, rosak pokok
Sambutan hari Kebangsaan ke-65 yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur menggambarkan kehadiran ramai orang yang begitu bersemangat patriotik yang tinggi setelah dua tahun sambutan itu tidak diadakan kerana serangan wabak Covid-19.
Namun, segelintir hadirin yang yang tidak peka dengan keindahan dan keceriaan mencemar dan merosakkan tumbuhan di sekitar kawasan itu.
Mereka tidak segan silu memijak tumbuhan hiasan yang ditanam dan merosakkan keadaan yang merugikan serta menyakitkan mata orang.
Satu video berdurasi 3 saat yang ditularkan mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang masih gagal untuk menjaga keindahan dan kebersihan di sekitar.