SAMBUT HARI MALAYSIA UNIK
JERANTUT: Sekumpulan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura (SMKI), Jerantut menyambut Hari Malaysia dengan cara tersendiri dengan meneroka alam semula jadi di Pesisir Sungai Kuala Sat, hari ini.
Walau pun sekadar bersantai di pantai di Sungai Kuala Sat, mereka menikmati kicauan burung dan unggas sambil berendam dan berenang di air sungai yang dingin, selain memancing dan menjala.
Guru sekolah itu, Suhaizi Yusuf berkata selain itu mereka dapat mengenali beberapa pohon dengan bantuan juru arah.