SALING HORMAT PENGANUT AGAMA LAIN
Berita Global
SALING MENGHORMATI PENGANUT AGAMA LAIN
NEW YORK: Ketua sebuah badan antiekstremisme dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung ketegangan kian memuncak susulan isu karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW.
Miguel Angel Moratinos yang mengetuai Perikatan Ketamadunan PBB turut menggesa penganut agama berlainan dan mereka yang mempunyai pandangan politik berbeza agar saling menghormati.
Kenyataan itu menyusul berikutan kemarahan semakin membara di dunia Islam terhadap tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang berkeras mempertahankan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW atas alasan kebebasan bersuara.
“Menghina agama serta simbol suci dalam agama, memprovokasi ekstremisme keganasan dan kebencian yang membawa polarisasi serta perpecahan dalam masyarakat,” katanya tanpa merujuk secara eksplisit kepada tindakan Macron.
Sumber: AFP