Saguhati buat wali hakim negeri Pahang untuk Aidilfitri
Saguhati buat wali hakim negeri Pahang untuk Aidilfitri
TEMERLOH – Seramai 290 pendaftar perkahwinan, perceraian dan Rujuk Orang Islam ( Wali Hakim) Negeri Pahang menerima sumbangan RM500 sempena bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, bantuan julung kali diberikan kepada Wali Hakim membabitkan kewangan sebanyak RM 145,000.
Menurutnya, pemberian One-Off tahunan ini adalah sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang di atas kepentingan perkhidmatan skim perjawatan ini dalam menjaga salah satu Maqasid Syariah iaitu Penjagaan Keturunan.
“ Kita berikan saguhati atau pun imbuhan kepada diorang ni sebab diorang berbakti kepada orang ramai bertugas bagi pihak kerajaan ..kalau tak ada wali hakim ini ..jadi akan sulit orang ramai untuk menyatukan atau menyelesaikan perkahwinan anak anak yang mereka nak kahwinkan sebab tu kita bagi kebetul pulak bulan ramadan dan hampir adilfitri “
Katanya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Bantuan One-Off kepada Perjawatan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Pahang di Dewan Datuk Zaharudin Abu Kasim, Kerdau ,Pahang .
Disamping itu ianya anya dapat menyampaikan mesej bahawa perkhidmatan mereka turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Pahang sepertimana perjawatan lain dalam perkhidmatan keagamaan.
Menurutnya, mereka digolongkan dalam kategori sukarelawan agama sepertimana guru takmir, Kafa, Amil yang tidak bergaji dan berpencen tetapi diberi tauliah menjalankan tugas asas..
Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau menggesa naib kadi mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan kerana menjadi tempat rujukan Masyarakat.
Sementara itu seorang naib kadi, Misbah Murdi,70, dari Felda Jengka Satu berterima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyediakan peruntukan khas sempena hari Raya Aidil Fitri.
“ Jadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri pahang kerana ambil berat tentang perkhdmatan kita baru baru ini lah selama ni kita tak ada apa apa cuma besar pangkat tu wali hakim tapi tak ada apa apa pada hari kita besyukur mudah mudahan benda dipanjangkan dan seterusnya kalau boleh dari tahunan kepada bulanan ,,
Pemberian ini meningkatkan semangat kami untuk terus berkhidmat dengan Ikhlas kepada Masyarakat tanpa mengira waktu.
Menurutnya, pemberian ini dicadang dijadikan sebagai bantuan khas tahunan setiap bulan Ramadan berikutan hasil negeri sudah melebihi RM1 bilion.
Untuk rekod menurut beliau, Kerajaan Pahang turut mengagihkan bantuan khas Aidil Fitri secara berperingkat-peringkat kepada 1,203 imam, 1,075 bilal dan 1,065 siak dengan nilai keseluruhan RM788,900.-SAHIH