Saga pekak selamba redah banjir
Saga pekak selamba redah banjir
PETALING JAYA – Satu klip video berdurasi 27 saat tular di media sosial memaparkan sebuah kereta lama atau ‘legend’ meredah arus banjir dengan selamat begitu sahaja.
Klip video itu dikongsi di laman Facebook menunjukkan keadaan sebuah kereta jenis Proton Saga edisi pertama mengharungi air banjir sejauh kira-kira 20 meter dengan air setinggi bonet kereta tersebut.
Walaubagaimanapun masa dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.
Rata-rata orang ramai kagum melihat kehebatan kereta itu yang mampu melakukan aksi sedemikian.
“Itulah kereta ‘legend’ payah nak dapat kereta macam itu sekarang ini, kereta sekarang ini banyak yang manja sangat, kena lubang sikit dah meragam.
“Kereta-kereta lama masuk dalam banjir paras tingkap pun selamber je,” kata Nazri Hashim
“Terbaik kereta Malaysia, boleh transform (bertukar) jadi bot,” jelas Nizami Sousuke
Namun menurut, Tee Jay, kerosakan mungkin akan berlaku selang beberapa minggu selepas kejadian tersebut,lapor kosmo online
“Ye, tidak perlu risau kereta tidak lepas redah banjir, confirm (pasti) lepas.
“Cuma dalam seminggu dua nanti garu kepala la bila akibatnya muncul,”