SAFIEY ILLIAS INGIN BAIKI PAYU DARA
SAFIEY ILLIAS INGIN BAIKI PAYU DARA & MATA KUYU-KUYU ALA BARBIE
Mahukan yang lebih terjamin prosedur akan dibuat bulan ini, barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu kemunculannya nanti. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.
Jelasnya, dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin,” kata usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias.
Beliau yang dikenali Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 26, sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM32,000. Safiey berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.
Menurut Safiey yang popular menerusi lagu Syinta Gila, dia juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.
“Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.
Menurutnya, doktor faham kehendaknya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.
“Cuma, jika saya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi.
Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan mencecah jutaan ringgit membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.