SABAH CATAT 4 KEMATIAN HARI INI
SABAH CATAT 4 KEMATIAN HARI INI
KUALA LUMPUR: Empat lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, yang semuanya membabitkan pesakit di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif korban COVID-19 di negara ini ialah 354 kes (0.56 peratus) seperti yang dipetik dari BH Online.
.
Beliau berkata, dua pesakit terbabit meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, membabitkan lelaki warga tempatan berusia 84 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit mata, dan seorang wanita warga asing berumur 60 tahun.