Rumah pam Loji Air Kechau 6 mula beroperasi
Rumah pam Loji Air Kechau 6 mula beroperasi
LIPIS – Rumah Pam Baru Loji Air Kechau 6 bernilai RM5.5 juta mula operasi dan bakal dinikmati penduduk di sekitar kawasan itu.
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha keras kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Ahli Dewan Undang Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan pejabat parlimen Lipis kemudahan ini dapat direalisasikan.
“Kita berharap dengan adanya loji baru ini akan memberikan kesenangan kepada penduduk yang yang akan menggunakan kemudahan dari Loji Air Kechau 6.
“Usaha untuk membina dan naiktaraf Bekalan Air seperti di Loji Air Mela akan dimulakan tidak lama lagi dan begitu juga dengan Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Dada Kering dekat sini turut akan diteruskan,” katanya.
Katanya, usaha untuk mengatasi masalah air ini tidak dapat diatasi dalam masa yang singkat, namun usaha kita tidak akan terhenti bagi memastikan bekalan air bersih kepada masyarakat ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.-SAHIH.