RUMAH KONGSI TERBAKAR, 3 MELECUR
RUMAH KONGSI TERBAKAR, 3 MELECUR
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga Bangladesh melecur separuh badan selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di Jalan Batu View, Kampung Selayang Lama, ibu negara, malam ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7 malam.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Seramai 60 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan, BBP Wangsa Maju, BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kongsi yang diduduki pekerja tapak pembinaan tersebut namun dapat dikawal pada jam 7.58 malam, lapor KOSMO! Online.
“Terdapat tiga mangsa lelaki dewasa warga Bangladesh melecur 50 peratus dan telah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, katanya punca kebakaran dan angka kerugian masih dalam siasatan.