RONNIE LIU BEBAS JAMINAN POLIS
Berita Nasional
RONNIE LIU BEBAS JAMINAN POLIS
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai direkod di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.![]()
ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew
Beliau disiasat kerana kenyataannya didakwa berunsur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Difahamkan, Ronnie Liu dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 1 tengah hari.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan ADUN Sungai Pelek dibebaskan.
Sumber: BH Online
