RONALDO, MESSI BERTEMBUNG
Berita Sukan
RONALDO, MESSI BERTEMBUNG
LONDON: Dua seteru bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan berentap buat kali pertama di peringkat kumpulan Liga Juara Juara selepas Juventus diundi bersama Barcelona dalam Kumpulan G.
Ia susulan keputusan undian yang berlangsung di ibu pejabat Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) di Nyon, Switzerland awal pagi tadi dengan aksi terbabit pasti menjadi perlawanan tumpuan.
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool turut berdepan dua lawan sukar iaitu Ajax dan Atalanta dalam Kumpulan D sementara Manchester United sekali lagi akan bertemu Paris Saint Germain.
Anak buah Ole Gunnar Solskjaer tampak berdepan laluan sukar apabila bakal bertemu semifinalis musim lalu, RB Leipzig dan Istanbul Basaksehir dalam aksi Kumpulan H.
Manchester City pula terlepas daripada diundi bersama Bayern Munich dan Real Madrid apabila bakal bertemu Porto, Olympiacos dan Marseille dalam Kumpulan C.
Chelsea pula diundi dalam Kumpulan E bersama juara Liga Europa, Sevilla, Krasnodar dan Rennes.
Penyandang juara, Bayern Munich bakal diuji menentang Atletico Madrid, RB Salzburg dan juga Lokomotiv Moscow dalam Kumpulan A.
UNDIAN PENUH LIGA JUARA JUARA
Kumpulan A
Bayern Munich, Atletico, RB Salzburg, Lokomotiv Moscow
Kumpulan B
Real Madrid, Shakhtar, Inter Milan, Monchengladbach
Kumpulan C
Porto, Man City, Olympiakos, Marseille
Kumpulan D
Liverpool, Ajax, Atalanta, FC Midtjylland
Kumpulan E
Sevilla, Chelsea, Krasnodar, Rennes
Kumpulan F
Zenit, Dortmund, Lazio, Club Brugge
Kumpulan G
Juventus, Barcelona, Dynamo Kiev, Ferencvarosi TC
Kumpulan H
Paris Saint-Germain, Man Utd, RB Leipzig, Instanbul Basaksehir