Risda bakal bina 10 pusat kumpul lateks di seluruh negara tingkat ekonomi penoreh getah
Risda bakal bina 10 pusat kumpul lateks di seluruh negara
BENTONG – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menambah sepuluh pusat pengoperasian pengumpulan lateks di seluruh negara menjelang 2025 dengan menggunakan dana dalaman .
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini ada lima pusat seumpama itu telah dibina dan bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran lateks negara di masa depan.
“Pembinaan pusat operasi pengkumpulan lateks akan menggunakan dana dalaman untuk menambahkan pendapatan pekebun kecil getah.
“Selain itu, mahu mengurangkan kadar pengimportan lateks dari luar negara bagi kegunaan pihak pengilangan negara ini yang mengeluarkan bahan berasaskan getah asli seperti sarung tangan dan pelbagai produk yang lain ,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Kompleks Lateks Agropolitian Chemomoi, hari ini.
Katanya, Risda komited melaksanakan Pembangunan getah negara berskala besar bagi meningkatkan pengeluaran negara. (game changer ) kepada penghasilan getah domestik dan turut memperkasakan peranan pekebun kecil getah selari dengan Aspirasi Desa Madani.
“Model Transformasi RISDA 2023, bakal dilaksanakan dengan memfokus kepada peningkatan pengeluaran hasil lateks yng dijangkaa mampu mengeluarkan hasil satu juta tan metrik menjelang 2030.
“Kejayaan Ladang Agropolitan Chemomoi di sini, dilengkapi dengan kompleks pengumpulan lateks boleh dijadikan model contoh kepda pelaksanaan cadangan getah negara berskala besar,” katanya.-SAHIH.