RENTAS NEGERI DIPERKETATKAN
KUALA LUMPUR: Polis diarah memperketatkan pergerakan rentas negeri yang dikesan sering disalahgunakan bagi tujuan bukan kecemasan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan memberi kuasa kepada polis untuk memberikan kelulusan kepada mana-mana individu melakukan perjalanan rentas negeri.
Bagaimanapun, katanya, kelulusan itu tertakluk kepada tujuan perjalanan, khususnya bagi situasi kecemasan, kesihatan dan kepentingan membabitkan keluarga.
“Ia ikut pertimbangan dan budi bicara polis, saya tidak tahu apa yang terjadi ketika permohonan dikemukakan.
“Mungkin alasan yang diberikan tidak memberikan gambaran sebenar,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.