Rentas Negeri akan diumum dalam masa terdekat
Rentas Negeri akan diumum dalam masa terdekat
SELANGOR – Kebenaran merentasi negeri akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja kadar peratusan vaksinasi mencecah 90 peratus .
Perdana menteri , datuk seri ismail sabri yaakob berkata , pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat.
datuk seri ismail sabri yaakob / perdana menteri
Tetapi dah tak lama dah serentak seluruh negara.
Dulu kerajaan hendak beri kebenaran apabila kadar vaksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah.
Kalau dibuka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri-negeri terbabit kerana program vaksinasi di negeri-negeri masih lagi di peringkat rendah antara 60 hingga 70 peratusanya
Katanya kepada media selepas menghadiri program prapelancaran keluarga malaysia di rtm, pada jumaat.
Namun jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kerajaan jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vaksinasi
Perdana menteri meminta agar rakyat negara ini bersabar dan menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi.
Kita akan umum dalam waktu terdekat lagi dua hari atau tiga hari- SAHIH