REMAJA PEREMPUAN KENDURI DADAH BERSAMA TEMAN LELAKI
REMAJA PEREMPUAN KENDURI DADAH BERSAMA TEMAN LELAKI
TELUK INTAN: Seorang perempuan diabaikan keluarganya menjadi mangsa penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Chenderong Balai, Perak.
Serbuan kali ini, Anggota Penguatkuasa AADK Hilir Perak menahan remaja perempuan berumur 18 tahun bersama teman lelakinya di bilik tidur.
Menurut Ketua Pegawai AADK Hilir Perak, Najmiah Hanafi, hasil maklumat dan aduan orang ramai pihaknya menyerbu rumah itu yang dijadikan sebagai port dadah.
GAMBAR IHSAN AADK PERAK
Menurutnya, semasa sepasukan anggota memasuki rumah itu, pintu rumah telah dikunci dan didapati seorang wanita dan seorang lelaki cuba bersembunyi di dalam bilik dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan sepasukan anggota AADK.
Setelah arahan dan amaran diberikan oleh Ketua Operasi, lelaki tersebut akhirnya akur dan membuka pintu rumah.
Siasatan awal mendapati seorang remaja perempuan dan seorang lelaki berada di dalam salah sebuah bilik di rumah berkenaan.
Hasil pemeriksaan, menjumpai peralatan menghisap dadah iaitu cebisan plastik lutsinar, dapur untuk menghisap dadah, dan gunting.
GAMBAR IHSAN AADK PERAK
Siasatan mendapati rumah tersebut dijadikan port untuk menghisap dadah dan berdasarkan pengakuan wanita tersebut menghisap dadah bersama teman lelakinya di dalam bilik tidur remaja tersebut.
Remaja tersebut juga mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah.
Dalam pada masa yang sama 2 lagi tempat berasingan telah diserbu Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Hilir Perak antara jam 6:00 petang hingga 12.00 malam iaitu di kawasan perumahan sekitar Teluk Intan, Perak.
Kedua-dua lokasi ini dipercayai menjadi lokasi pengambilan dadah secara berkumpulan.
Hasil operasi kesemua tempat ini berjaya menahan 6 orang disyaki penagih dadah.
GAMBAR IHSAN AADK PERAK
Hasil daripada ujian saringan air kencing mendapati 5 orang lelaki dan 1 orang perempuan positif dadah jenis methamphetamine.
Kesemua tangkapan disiasat dibawah Sek 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.