Remaja perempuan dilapor hilang di Jerantut
Remaja perempuan dilapor hilang di Jerantut
JERANTUT : Seorang remaja perempuan, Nurliyana Nasuha Muhammad Nasir, 15, dilaporkan hilang sejak 18 Ogos lalu selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Ria, di sini.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Mohd Azahari Mukhtar berkata, laporan polis mengenai kehilangan remaja itu dibuat oleh bapanya kira-kira jam 2.00 pagi, semalam.
“Remaja tersebut berkulit cerah, mempunyai ketinggian kira-kira 168 sentimeter, berat badan 58 kilogram dan berbadan sederhana.
“Kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang hitam, seluar panjang bercorak coklat serta bertudung kelabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis kini giat menjalankan usaha mengesan remaja berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Jerantut di talian 09-266222,” katanya.-SAHIH.
