REMAJA LEMPAR KUCING MENANGIS KETIKA DITAHAN
REMAJA LEMPAR KUCING MENANGIS KETIKA DITAHAN
INDONESIA : Baru-baru ini viral di media sosial video seorang remaja lelaki melempar seekor kucing sehingga mengundang kemarahan dalam kalangan netizen.
Berdasarkan video Tik Tok tersebut, remaja lelaki berbaju putih melempar seekor kucing tanpa sebarang rasa bersalah, sambil dirakam oleh salah seorang rakannya.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Sebelum terjatuh, kucing yang menjadi mangsa penganiayaan itu melambung tinggi dan tidak diketahui bagaimana keadaannya selepas itu.
Di media sosial, netizen mengecam perbuatan remaja terbabit dan menurut siasatan netizen, suspek berasal dari Puruk Cahu, Kalimantan Tengah, Indonesia.
Video itu turut menarik perhatian pihak polis yang kemudian menjalankan siasatan dan memberkas remaja berkenaan pada malam Sabtu, 16 Januari 2021.
Ketika diberkas, remaja itu menangis dan memohon maaf di atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Sementara itu, polis menasihatkan orang ramai untuk menjaga tingkah laku dan tidak menyalahgunakan media sosial untuk tujuan yang tidak baik semata-mata untuk meraih like dan share, lapor BH Online.
Polis telah memberkas suspek dalam kes video lempar kucing untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Diharapkan masyarakat lebih bijak dalam menggunakan media sosial dan tidak melakukan hal-hal yang merugikan diri sendiri mahupun orang lain,” kata jurucakap polis.