Remaja 16 tahun di tahan bawa motosikal curi
Remaja 16 tahun di tahan bawa motosikal curi
SERI JAYA, MARAN: Remaja yang berusia 16 di tahan kerana dipercayai membawa sebuah motosikal curi dalam operasi Ops Bersepadu Motosikal dalam sekatan jalanraya di susur keluar Plaza Tol Sri Jaya ,Maran, dari pukul 7 malam hingga 2.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata remaja terbabit yang menetap di Batu 40 ,Kampung Rahmat ,Simpang Kampung New Zealand, itu telah menunggang motosikal
jenis Ex5 warna hitam.
“Daripada pemeriksaan pada motosikal tersebut dan setelah dibuat buat semakan pada nombor chasis didapati chasis dan pemeriksaan pada no enjin didapati no enjin tidak dapat dibaca.
” Semakan pada nombor chasis motosikal tersebut dalam sistem SPRJ didapati masih dilaporkan hilang di Majidee,” katanya.
Beliau berkata, remaja terbabit ditahan dan merampas motosikal tersebut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan untuk tindakan dan siasatan selanjutnya .
Menurut, dalam operasi selama dua hari bermula 7 malam kemarin, sebanyak 92 saman dikeluarkan kerana melakukan pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan yang banyak dilakukan ialah membawa motosikal tanpa lesen sebanyak 21 kes, ekzos bising, tujuh kes, eksesori, 12 kes, tiada cermin sisi, 19 kes dan tiada no plate 17 kes,” katanya. – SAHIH