Rebah ketika adili perlawanan bola sepak
Rebah ketika adili perlawanan bola sepak
Foto atas : Mangsa ditutup dengan kain selepas disahkan meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak di padang Jalan Sungai Chua, Taman berjaya, semalam.- Foto Ihsan Pembaca
KAJANG – Pengadil bola sepak yang sedang mengadili perlawanan meninggal dunia ketika mengadili satu perlawanan bola sepak di padang Jalan Sungai Chua, Taman Berjaya di sini, pada jam 4.17 petang semalam.
Lelaki berusia 50-an itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika perlawanan baru berlangsung 19 minit.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat awam melalui Pusat Kawalan Daerah mengenai seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Maklumat awal di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah pengadil perlawanan dan tiba-tiba rebah di tengah padang,” katanya.
Menurutnya, pihak perubatan yang tiba di lokasi terus menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan kematiannya.
“Mayatnya dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenainya boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Sarjan Razak di talian 011-21868985,” katanya.
Sumber – Harian Metro