Razak lepas jawatan ketua peneroka FELDA Jengka 24
Razak lepas jawatan ketua peneroka FELDA Jengka 24
JERANTUT – Sejak lima tahun lalu, Razak Daud sudah menunjukkan kemampuan untuk menjadi pemimpin yang dipercayai oleh warga peneroka FELDA Jengka 24, dekat sini.
Namun atas tuntutan kerja dan alasan peribadi, beliau melepaskan jawatan itu pada pemilihan yang berlangsung hari ini.
Razak bagaimanapun kekal sebagai ketua blok di FELDA berkenaan.
“Saya sudah jalankan amanah dan tanggungjawab diberikan sebaik mungkin sepanjang dipilih sebagai ketua peneroka.
“Adalah menjadi harapan saya agar pengganti saya juga dapat, memikul amanah itu dan memperbaiki kelemahan yang ada sebelum ini.
“Paling penting ialah kebajikan dan keselesaan warga peneroka dapat kita kekalkan selain mencari jalan memakmurkan lagi ekonomi di sini,” katanya.
Razak adalah seorang peneroka paling aktif dengan kegiatan bersama komuniti setempat, selain itu, beliau juga memegang jawatan penting dalam UMNO Bahagian Jerantut.- SAHIH