Razak kekal Pengerusi GMFWJ, barisan AJK baharu diumumkan
Razak kekal Pengerusi GMFWJ, barisan AJK baharu diumumkan
JERANTUT – Gabungan Masjid Felda Wilayah Jengka (GMFWJ) mengekalkan Tuan Haji Razak Daud sebagai Pengerusi bagi sesi 2024-2026 dalam mesyuarat yang berlangsung di Felda Sungai Retang, di sini baru-baru ini.
Turut diumumkan ialah pelantikan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu merangkumi pelbagai biro bagi menyusun semula gerak kerja dan perancangan aktiviti masjid di seluruh Wilayah Jengka.
Antara yang dilantik ialah Roslan Jaafar (Setiausaha), Aswadi Abdullah (Bendahari), Mohd Nasaruddin Mat Nasir (Timbalan Pengerusi merangkap Biro Ekonomi), serta Mahyudin Ibrahim (Biro Ekonomi).
Biro Kebajikan diterajui oleh Hj Ishak Abdul Ghani dan Hj Nordin Limat, manakala Puan Hajah Zariah Ustaz Haron mengetuai Biro Wanita. Biro Multimedia dikendalikan Ghazali Md Amin serta Muhammad Nur Hafiz Ridhwan Anwar.
Bagi memperkukuh aspek dakwah dan pendidikan, Syed Khairuzzaman Syed Kassim dan Seliman Taib dilantik ke Biro Dakwah & Tarbiah, manakala Hj Ahmad Kamal Arifin serta Syed Mohamad Solehuddin Syed Jamaluddin menggalas tanggungjawab dalam Biro Rakan Masjid.
![]()
Tuan Haji Razak dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua AJK sesi terdahulu yang berkhidmat dari tahun 2022 hingga 2024.
“Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK lama atas kerjasama serta komitmen yang sangat baik. Kita akan teruskan legasi ini dengan semangat baharu dan perancangan yang lebih tersusun,” katanya.
Tambah beliau, GMFWJ akan mula melaksanakan program-program yang telah dirancang demi memperkasakan peranan masjid sebagai pusat komuniti, pendidikan dan pembangunan sahsiah.
Mesyuarat itu turut menyatukan wakil-wakil masjid dari seluruh Felda Wilayah Jengka, sekali gus mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi keagamaan di kawasan tersebut.-SAHIH
