Rayu sumbangan baju raya untuk 100 anak yatim, asnaf dan OKU
Rayu sumbangan baju raya untuk 100 anak yatim, asnaf dan OKU
KUALA KRAI: Kegembiraan menyambut Aidilfitri mungkin tidak dirasai sepenuhnya oleh sebahagian kanak-kanak kurang bernasib baik apabila ada antara mereka masih belum memiliki pakaian raya baharu.
Prihatin dengan nasib itu, Mahabah Asnaf Society merayu sumbangan orang ramai bagi membantu menyediakan baju raya untuk kira-kira 100 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf serta orang kurang upaya (OKU).
Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed, berkata bantuan itu diharap dapat menceriakan Aidilfitri kanak-kanak terbabit supaya mereka turut merasai kegembiraan seperti rakan sebaya lain.
Menurutnya, kanak-kanak berkenaan dikenal pasti melalui komuniti setempat yang memerlukan bantuan bagi mendapatkan pakaian raya baharu.

“Besar harapan kami agar ada pihak yang sudi berkongsi rezeki bagi membantu anak-anak ini.
“Mungkin bagi sesetengah orang, membeli sepasang baju raya perkara biasa, tetapi bagi mereka yang serba kekurangan, ia satu kegembiraan yang sangat bermakna,” katanya.
Beliau berkata, melihat senyuman kanak-kanak itu ketika menerima baju raya nanti sudah cukup memberi kebahagiaan kepada pihaknya.

Katanya, setiap sumbangan yang diterima akan digunakan sepenuhnya bagi membeli pakaian raya untuk kanak-kanak terbabit.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Mahabah Asnaf Society (03072010143853) atau melalui DuitNow QR seperti tertera pada poster.

QR Bank Islam Mahabah Asnaf Society
Penyumbang juga diminta menghantar resit sumbangan melalui WhatsApp ke nombor yang disediakan sebagai bukti sumbangan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Che Norhayati atau Ummi di talian
011-2546 6362.-SAHIH
