RAPID KL MOHON MAAF INSIDEN PINTU LRT TERBUKA
RAPID KL MOHON MAAF INSIDEN PINTU LRT TERBUKA
PETALING JAYA- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai selepas terpalit isu pintu Transit Aliran (LRT) yang terbuka ketika tren itu sedang beroperasi.
Menurut kenyataan dikeluarkan Rapid KL, pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenalpasti secepat mungkin.
“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” katanya tadi.
Semasa kejadian, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat, lapor KOSMO online
Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang.