RANGKA LENGKAP T-REX DIJUAL RM132 JUTA
Berita Global
RANGKA LENGKAP T-REX DIJUAL RM132 JUTA
NEW YORK: Satu daripada spesimen lengkap dinosaur jenis tyrannosaurus atau T-Rex dijual pada harga AS$31.8 juta (kira-kira RM132 juta) dalam acara lelongan dianjurkan syarikat lelong terkemuka, Christie.
Jumlah itu menjadikannya sebagai rangka haiwan purba termahal yang dijual kepada umum.
Pada sesi lelongan itu, rangka T-Rex dibuka pada harga permulaan antara AS$6 juta (kira-kira RM24 juta) hingga AS$8 juta (kira-kira RM33 juta).![]()
Ini memecah rekod sebelumnya iaitu spesimen bernama Sue yang dijual pada harga AS$8.4 juta (kira-kira RM34 juta) pada Oktober 1997 oleh syarikat lelong terkenal, Sotheby’s di Muzium Sejarah Alam Field di Chicago.
Sehingga kini hanya kira-kira 50 fosil tyrannosaurus yang ditemui sejak kaji gali pada 1902.
Bidaan spesimen T-Rex itu hanya mengambil masa dua minit untuk mencecah AS$9 juta ( RM37 juta).
Namun, sebaik tukul bidaan diketuk, nilai akhirnya mencecah AS$27.5 juta (kira-kira RM114 juta), tidak termasuk kos tambahan dan komisen.![]()
Bidaan dijalankan di New York, namun ada pengumpul barangan purba dari Hong Kong dan London yang turut mengambil bahagian menerusi panggilan telefon.
Sumber: BH Online
