RAMAI BENGANG ‘KAREN’ BEBAS TANPA PELITUP MUKA
RAMAI BENGANG ‘KAREN’ BEBAS TANPA PELITUP MUKA
PETALING JAYA – ‘Saya sangat marah sebab orang Malaysia pun patuh SOP tapi individu ini boleh jalan sesuka hati tanpa memakai pelitup muka?’.
Itulah perkongsian seorang wanita di laman sosial Twitter setelah berang dengan tindakan ‘Karen’ yang didakwa tidak memakai pelitup muka dipercayai di sekitar kawasan Suria Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa marah terhadap ‘Karen’ dan orang ramai juga mempersoalkan adakah pihak berwajib akan mengambil tindakan terhadap individu tersebut.
“Sebab ‘Karen’ ini banyak sumbang bayar cukai dekat Malaysia, sebab itu tak berani nak hantar balik, kalau hantar balik mesti kurang hasil cukai,” kata @Jeremyx_s.
“Apa khabar @Khairykj dah bersepah gambar ‘Karen’ ini tak pakai pelitup muka, takkan diam sahaja kalau dekat rakyat laju sahaja ambil tindakan,” jelas @Ssupqwerty.
“Ini kalau tak ada tindakan juga, tak tahu nak komen apa sebab ‘law’ (undang-undang) macam cacar merba, rakyat sendiri bukan main laju nak saman, si ‘Karen’ ini boleh relaks sahaja,” ujar @Donatroy.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 4,851 ulang ciap dan 3,330 tanda suka di Twitter. – K! ONLINE
SUMBER: K! Online