Rakyat Malaysia jangan persenda agama Islam
Rakyat Malaysia jangan persenda agama Islam
MARAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama memberi ingatan kepada rakyat Malaysia jangan melakukan gurauan dengan mempersenda agama terutama Agama Islam yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dan mengugat keharmonian negara.
Menterinya, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, perbuatan mempermainkan agama tidak sepatutnya dilakukan oleh rakyat negara ini kerana umat Islam sangat sensetif dengan perbuatan yang boleh menaikkan kemarahan.
Katanya, perkara berkaitan agama terutama agama Islam bukan bahan yang boleh dijadikan gurauan dan tidak boleh diubah bagi tujuan menyindir pihak tertentu.
“Begitu juga dengan perkataan takbir di mana ia merujuk kepada kalimat ‘Allahuakhbar’ bagi mengagungkan kebesaran Allah SWT dan ia tidak sepatutnya diubah kepada ‘take beer’ seperti mana dilakukan pihak tertentu yang jelas membawa makna tidak baik dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Sebagai umat Islam sudah pasti menjadi kewajipan untuk kita mempertahankan agama Islam dan menggelakkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah kepada agama,” katanya.
Beliau berketa demikian kepada media selepas Majlis Sumbangan Foodbank (Tunai) kepada 100 orang asnaf di Masjid Bandar Jengka, dekat sini, hari ini.
Katanya, pihak yang sengaja mempersendakan agama boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada dan perlu dijauhi dan jangan sesekali menyokong atau bersetuju dengan perbuatan itu kerana sikap itu boleh dikira sebagai subahat, katanya.
“Beberapa kes seperti kejadian di Kelab Comedy telah didakwa, begitu juga perlakuan mempersendakan azan baru-baru ini, pelakunya telah memohon maaf.
“Jangan mainkan sentimen agama Islam kerana orang Melayu memang tebal dan kuat dengan pegangan agama, kalau ‘diusik’ boleh mencetus kestabilan keharmonian dan politik tanah air,” katanya
Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi memuji cara negara ini mengurus jemaah haji melalui Tabung Haji.
Katanya Jemaah haji Malaysia dipandang tinggi oleh negara itu kerana mempunyai disiplin yang tinggi dan turut mendapat liputan media negara itu.-SAHIH.