RAKAMAN AUDIO: ZAHID HAMIDI ARAH PEGAWAI BUAT LAPORAN POLIS
RAKAMAN AUDIO: ZAHID HAMIDI ARAH PEGAWAI BUAT LAPORAN POLIS
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung penularan rakaman audio kononnya perbualan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden UMNO itu menegaskan, laporan berkenaan dibuat bagi mengenal pasti dalang individu atau pihak yang bertanggungjawab terhadap audio berkenaan.
Ahmad Zahid menjadi tumpuan hari ini selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara beliau dengan Anwar tular di media
Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin tegaskan tiada sebarang perbualan saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020).
“Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.”
Saya percaya lebih banyak permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO,” kata Ahmad Zahid dalam reaksinya menerusi satu kenyataan media pada Rabu.
Antara butir perbualan dalam rakaman berkenaan, kedengaran suara mirip Anwar yang juga Ketua Pembangkang, menyebut sudah 22 tahun beliau tidak mengikuti PAU secara dekat.
“Saya sudah 22 tahun baru saya ‘follow‘ Perhimpunan Agung UMNO,” kata suara mirip Anwar,“Don’t worry, that is only tactical, OK,” balas suara mirip Zahid pula.
“No, no, okay, okay, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game.
“Tapi kalau you dah fikir mandat tu, okeylah, cuma ada kerja sikitlah dengan MT,” kata suara mirip Anwar itu kembali, lapor Astro Awani.
.”You tahu siapa cikgu saya, kan? Cikgu saya yang mengajar ucapan ini orang saya sedang bercakap inilah,” balas suara yang dikatakan mirip Zahid.Sementara itu, suara mirip Ahmad Zahid berkata, apabila mandat diberikan kepada presiden, maka ia lebih mudah daripada usul.
Dalam perbualan itu, suara mirip Anwar turut menyatakan tentang harapan ada menteri letak jawatan lepas perhimpunan tersebut, namun perkara itu tidak berlaku.”Betul, betul.
Only if we could get one minister to resign… tapi tak ada seorang pun yang berani, hanya yang Perak tu, apa namanya? Shamsul, kalau dia boleh (letak jawatan)” kata suara mirip Anwar lagi.