Raja Muda Utamakan Integriti Dan Akauntabiliti
Raja Muda Utamakan Integriti Dan Akauntabiliti
PERLIS : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua bahawa tadbir urus yang mementingkan integriti dan akauntabiliti akan mendidik masyarakat supaya mengamalkan sikap yang lebih positif.
Ini kerana, sekiranya sesebuah organisasi itu ingin mantap dan berjaya, maka pembudayaan tadbir urus yang baik di kalangan warganya merupakan kemestian dan perlu sentiasa disuburkan.
Titah baginda, tadbir urus yang baik juga secara langsung mahupun tidak langsung akan dapat menggalakkan budaya dan nilai yang lebih baik dalam kalangan rakyat bagi jangka masa panjang.
Tadbir urus yang baik bukan sahaja membawa manfaat kepada sesebuah organisasi itu, malahan para pelanggan juga akan mendapat faedah daripadanya.
Demikian titah baginda ketima merasmikan Kilang Capal Dr Saad yang dinaiktaraf di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat, Perlis.
Kilang yang dimiliki Saad Saep yang telah beroperasi di lokasi yang sama sejak penubuhannya pada tahun 2001 dengan moto Memartabatkan Warisan Capal dan mendapat sokongan dan bantuan daripada Pejabat Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis. – SAHIH