RAIS YATIM DICADANGKAN JADI MENTERI UNDANG-UNDANG-GUAN ENG
RAIS YATIM DICADANGKAN JADI MENTERI UNDANG-UNDANG-GUAN ENG
KUALA LUMPUR: Tan Sri Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim dicadangkan mengambil alih jawatan menteri undang-undang menggantikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang),Takiyuddin Hassan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan Rais Yatim dilantik sebagai menteri itu kerana beliau lebih bertanggungjawab menjaga parlimen dan akan melakukan kerja yang jauh lebih baik untuk memastikan kelancaran pembukaan semula parlimen.
“Takiyuddin pula bertukar jawatan rasmi dengan Rais selaku yang di-Pertua Dewan Negara untuk memastikan “kesetiaan dan ketaatan” kepada titah Agong bagi mengadakan sidang parlimen menjelang bulan ini.
“Negara memerlukan pemimpin yang komited untuk menegakkan undang-undang bagi kepentingan rakyat, bukan ahli politik yang hanya berminat melindungi faedah dan keistimewaan jawatan mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Rais sebelum ini berpendapat parlimen patut bersidang pada bulan ini dan Ordinan Darurat 2021 memberi kuasa kepada Agong untuk memanggil parlimen bersidang – satu pendirian yang dibantah oleh ramai peguam.
“Manakala Takiyuddin pula berkata sidang parlimen akan diadakan pada September, setelah darurat ditamatkan, beliau semalam memberi jaminan parlimen akan bersidang pada bulan ini dan jemaah menteri akan memuktamadkan perkara itu pada mesyuarat Rabu depan.
Yang Di Pertuan Agong sebelum ini bertitah bahawa parlimen harus bersidang “secepat mungkin” untuk membahaskan proklamasi darurat dan ordinan darurat selaras dengan Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Dipetik daripada Malaysiakini.