RAGUT DUA WANITA DALAM SEHARI
RAGUT DUA WANITA DALAM SEHARI
KAJANG : Dua wanita berdepan detik cemas apabila diragut selepas selesai membeli-belah di sebuah pasar raya di Balakong, di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku pada hari yang sama membabitkan mangsa dua wanita, lapor Harian Metro.
“Polis mengesahkan menerima laporan dari kedua-dua mangsa, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa selesai membeli-belah dan menuju ke parkir kereta.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Dua kejadian berasingan itu dipercayai dilakukan suspek yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Zaid berkata, kedua-dua mangsa kehilangan barang kemas, barang peribadi, wang tunai dan kunci kenderaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, polis percaya suspek yang sama melakukan ragut dalam kedua-dua kejadian.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Zharif Shah di talian 012-5925390,” katanya.